LAJNAH SUKAN
Assalamualaikum...
Ke arah penubuhan LAJNAH SUKAN Rakan Pusat Islam PSP sesi Jun 2014 .
Dakwah via Sukan
Doakannya !
Dakwah via Sukan
Doakannya !
Sukan dan dakwah??...Sukan dan Islam??
Pasti yang blur untuk mencari titik persilangan antara keduanya..Sukan yang terkenal dengan suasana yang bising, kekasaran dan penuh dengan maki hamun, mana mungkin akan ada titik persamaan dengan Islam dan dakwah yang lebih sinonim dengan aman, tenang dan tenteram.
Sukan sebenarnya wasilah terbaik untuk berdakwah. Malangnya, ramai yang mengakui dirinya pendakwah sejati, tetapi memandang sebelah mata apabila dikaitkan dengan sukan. Bahkan, apabila diajak untuk turun bersama bersukan, maka ramailah yang menggeleng. Mereka menggagap diri mereka hanya sesuai untuk pergi ke masjid, majlis-majlis ilmu dan usrah. Mereka akan memberikan alasan bahwa mereka tidak reti bersukan, takde masa dan sebagainya. Tidak perlu takut untuk turun bersukan. Orang yang turun bersukan tidak semuanya pandai bersukan. Jika kita lihat kembali sejarah perjuangan Hasan Al-Banna...bagaimana beliau terjun mencari mad'u hingga ke kelab-kelab malam. Adakah beliau seorang yang pandai menyanyi atau bergelek??
Sukan adalah medan yang luas untuk berdakwah. Di sana terdapat ramai manusia yang memerlukan kamu, penyampai kebaikan..terjunlah ke dalam masyarakat tidak kira siapa mereka. Mungkin tidak perlu untuk berdakwah secara radikal pada peringkat permulaan. Api yang panas membara tidak akan dapat memadamkan api yang sedang marak. Cukuplah dengan pendekatan dakwah bil hal pada peringkat permulaan. Jika cukup gagah untuk melangkah lebih jauh, tafaddhol. Tunjukkan contoh yang baik apabila bersukan. Berhenti sebelum azan Maghrib atau waktu solat lain, memakai pakaian yang menutup aurat, tidak memaki hamun apabila bersukan, elakkan pergaduhan dan menunjukkan semangat kesukanan. Apabila bercampur dengan mereka yang gilakan sukan seperti ketika menonton perlawanan bola sepak, tunjukkan contoh teladan seperti memakai pakaian yang menutup aurat, tidak merokok dan berhenti menonton dan terus menunaikan solat jika azan berkemundang. Cukup mudah. Tapi sebenarnya kita sudah berdakwah. Seperkara lagi, kita harus juga mengatahui serba sedikit tentang sukan..paling kurang isu semasa tentang sukan. Ia boleh dijadikan modal dan advantange untuk kita tackle mad'u dari kalangan peminat sukan.
Kita boleh menjadikan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini dan Nor Azlan Bakar sebagai contoh terbaik untuk kita berdakwah. Walaupun mereka berdua merupakan antara flicker dan pertahanan terbaik dalam arena hoki antarabangsa, mereka tetap mengekalkan ciri-ciri seorang Muslim pada diri mereka. Mereka sentiasa menutup aurat dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai, malah mengekalkan imej berjanggut yang agak sinonim dengan Islam.
Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk kita berdakwah di dalam sukan. Semuanya atas kreativiti kita untuk menjadikan ia berkesan kepada golongan sasaran seperti apa yang telah dilakukan oleh penyerang utama Mesir dari kelab Al-Ahly, Mohamed Abou Tarika.
Perbuatan ini telah dilakukan oleh beliau di dalam kejohanan Piala Afrika pada 28 Januari yang lepas ketika Mesir menentang Sudan. Selepas menjaringkan gol, beliau mengangkat baju dan mempamerkan slogan simpati kepada penduduk Ghaza.. Natijahnya, beliau telah dilayangkan kad kuning akibat daripada kesalahan membuka baju yang mana bercanggah dengan undang-undang bola sepak..Mesir menang 3-0 ke atasSudan dalam perlawanan tersebut dan Abou Tarika, yang sinonim dengan jersi bernombor 22 di kalangan penduduk Mesir, telah menjaringkan 2 gol daripadanya.
Mungkin kerana doa penduduk Ghaza kepada pasukan Mesir dan Abou Tarika(Wallau'alam), Mesir berjaya mempertahankan Piala Afrika setelah menewaskanCameroon dengan jaringan 1-0 yang mana Abou Tarika merupakan penyumbang gol tunggal dalm perlawanan tersebut.
-Allah lebih mengatahui segalanya-