SEKAPUR SIRIH

ڊﺴﻢﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻦﺍﻟﺭﺤﻴﻢ


Ahlan wa Sahlan kepada pengunjung blog ini..


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian makhluk  yang telah menganugerahkan para hambaNya  dengan seorang Rasul yang menjadi rahmat bagi seluruh alam.  Selawat dan salam  buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang menjadi ikutan serta teladan bagi umat sepanjang zaman..
Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan ahli-ahli rakan pusat islam mahupun JPPI memperoleh ilmu malah dapat berkongsi sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama.apa yang telah tertulis dan akan tertulis dalam setiap ruang halaman ini hanyalah ingin menjadikannya sebuah dorongan serta inspirasi untuk berkongsi dari apa yang telah diperolehi sama dalam pembacaan,pendengaran mahupun pengalaman hidup.  Melaluinya juga hadirnya sebuah harapan, keperihatinan serta untuk dijadikan renungan bersama.
Semua info,petikan dan ilmu yang ada di dalam ruangan ini mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan kerana  kami merupakan makhluk Allah yang lemah dan masih dalam pelayaran mencari jalan kehidupan yang benar.  Andai terdapat kata-kata yang menguris hati dan perasaan, ini  adalah di sebabkan kejahilan diri yang kadang-kadang tidak di sengajakan.
Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini... 
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan (88 : 21 )  
Sesungguhnya yang kurang itu datangnya dari diri saya dan yang sempurna itu datangnya dari Allah SWT


Akhir kata ,kepada Allah SWT  saya memohon taufiq,inayah serta hidayahNya mudah-mudahan usaha kami ini sentiasa berada dalam keredhaanNya dan mencatatnya sebagai amal soleh buat kami semua..... Amin ya Rabbal'alamin  

Admin:
ركن فوست اسلام

email: rpi_forall90@yahoo.com