Tuesday, December 6, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2011 POLITEKNIK SEBERANG PERAI


Perhatian kepada semua Pelajar Senior Politeknik Seberang Perai  (KECUALI pelajar  bakal menjalani Latihan Industri atau Tamat Pengajian), adalah dimaklumkan tarikh pendaftaran pelajar senior pada sesi Disember   2011 adalah bermula pada 27 Disember 2011. 

Mulai Sesi Disember 2011 juga, pembayaran yuran pengajian tidak lagi melalui BSN. Segala pembayaran yuran hendaklah melalui akaun Bank Islam atas nama POLITEKNIK KPT bernombor 16018010017541 dengan menggunakan kaedah pembayaran di kaunter BIMB (menggunakan slip mana-mana cawangan) atau menggunakan mesin Cash Deposit (sila simpan resit). Pembayaran Yuran hanya boleh dibuat mulai 12 Disember 2011.
Sila rujuk pada laman web rasmi PSP tentang tatacara pembayaran yuran. 

Peringatan kaedah pembayaran yuran melalui perbankan internet adalah tidak dibenarkan!